SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB

SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU
KUALA TERENGGANU


Sunday, January 16, 2011

Jadual Balik Kampung 2011

Pelancaran Projek Al-Quran








Di adakan pada 16 Januari 2011

Keunikan Sekolah

KEUNIKAN SEKOLAH

KURIKULUM

KBSM dan Hafazan digabungkan secara bersepadu

KORURIKULUM

Menyamai aktiviti kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia dan ditambah dengan Kelab Avionik, Solar, Robotik, Memanah, Renang, Berkuda & Projek SEM

PEMBELAJARAN SUPER LEARNING

Program Khas Asasi Alul Albab, 'Comacting Syllibus', 'Arts of Learning', 'Accelerated Learning', Kemahiran Berfikir & Kemahiran Belajar

PROGRAM KOMUNITI & PENGLIBATAN IBU BAPA

Solat jenazah, Ziarah kubur, Gotong royong dan Lawatan rumah kebajikan

Organisasi Sekolah

PENGETUA
Puan Mardziah binti Che Abdullah

PENOLONG KANAN HEA
Puan Faidahnam binti Busu

PENOLONG KANAN HEM
Encik Ahmad Ridhuan bin Abd. Ghani

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
Encik Md Nor bin Yahya

PENOLONG KANAN ULUL ALBAB
Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip@Othman

KETUA JABATAN AGAMA
Encik Ahmad Fathi bin Mokhtar

KETUA JABATAN BAHASA
Puan Hajjah Rohani binti Osman

KETUA JABATAN KEMANUSIAAN
Puan Hajjah Faridah binti Salleh

KETUA JABATAN SAINS & MATEMATIK
Puan Marhaini binti Sulaiman

KETUA JABATAN VOKASIONAL,TEKNIK & MULTIMEDIA
Cik Hajjah Saripah binti Embong

KETUA JABATAN AL-QURAN
Encik Ridzuan bin Aziz

SETIAUSAHA SEKOLAH
Puan Hajjah Che Khadijah binti Abdullah

KAUNSELOR
Puan Norhidayah binti Ibrahim

Sejarah Penubuhan Sekolah


November 1994
- Pembinaan

Mac 1997
- Siap dibina dengan kos RM9.4 juta

Jun 1997
- Mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu ( KOSPINT )di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Bahagian Pendidikan

1 Januari 2006
- Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu) KOSPINT ) telah bertukar nama kepada Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu

1 Januari 2007
- Diletakkan di bawah kelolaan Syarikat Integriti icon Sdn. Bhd(IiSB-Milik penuh Yayasan Terengganu )

1 November 2007
- Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu(KOSPINT) telah berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Islam & Moral(BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai sebuah sekolah agama bantuan kerajaan ( SABK )

Majlis Pelancaran Projek Al-Quran

Majlis ini telah diadakan pada 16 Januari 2011.Menurut Penolong Kanan Ulul Al Bab, Ustaz Amin Faisal, tujuan utama melaksanakan projek tersebut adalah untuk mewar-warkan kepada warga imtiaz tentang apa yang telah dilaksanakan pada tahun lepas dan juga merancang untuk tahun 2011.Menurut beliau, sejak tahun 2006, peningkatan al-quran naik sedikit demi sedikit dan pada tahun lepas mampu melahirkan lebih 50 pelajar yang khatam 30 juzuk.
Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru Al-Quran yang telah bekerja bertungkus lumus. Tanpa mereka program al-quran tidak begitu mantap kerana dengan tenaga mereka mampu melahirkan pelajar yang khatam dan juga dapat memberi semangat kepada pelajar.

Ustaz Ridzuan bin Aziz selaku Ketua Jabatan Al-Quran telah membentangkan beberapa projek al-quran untuk tahun 2011. Antara perancangan yang akan dilaksanakan adalah ;

1.Projek Imam muda yang akan diadakan pada bulan Ramadhan
2.Mega Tasmi’ – Semua pelajar terlibat
3.Kelas Pemulihan Tajwid – Semua Pelajar yang lemah dalam bacaan
4.Kelas Bacaan Al-Quran
5.Kem Kecemerlangan Hafazan - Semua pelajar yang tidak mencapai tahap minimum tahunan
6.Kelas Kemahiran Tarannum – Semua pelajar yang khatam
7.Ujian Syafawi Al-Quran
8.Kem Al-Quran Gemilang – Untuk pelajar yang dijangka khatam pada tahun 2011
9.Program Hafzan Di Masjid Terpilih – Semua pelajar tingkatan 1 & 3
10.Program meraikan pelajar khatam al-quran
11.Program Hafazan Pasca PMR
12.Program Ujian Hafazan Al-Quran
13.Lawatan Pelajar – terdiri dari pelajar yang cemerlang dalam hafazan
14.Temu Murni Al-Quran – Semua pelajar dan ibubapa serta guru tasmi’
15.Jaulah Tokoh Al-Quran – pelajar yang terpilih sahaja
16.Mubaligh Muda – pelajar yang terpilih untuk memberikan tazkirah maghrib yang akan dijalankan dimasjid serta surau disekitar sekolah
17.Program Khutbah,ceramah serta forum – pelajar yang khatam
18.Kem Hafazan Al-Quran – bagi pelajar yang lemah
19.Homestay di Baabus Salam,Bandung – pelajar yang terpilih seramai 5 orang terutama pelajar yang khtam al-quran serta sumbangan yang diberikan kepada sekolah.
20.Kelas Tahsin Al-Quran – pelajar yang mahir membaca Al-Quran
21.Kelas Tafsir Al-Quran – di adakan selepas maghrib oleh guru tasmi’
22.Program Tahsin AlFatihah – Semua warga Imtiaz

Perasmian Penutup Minggu Suai Kenal Pelajar Tingkatan 1 Bagi Tahun 2011

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Imtiaz, Encik Mazlan bin Che Wil pasa 13 Januari 2011.
Ketibaan beliau diiringi oleh Pengetua Sekolah, Puan Mardziah binti Che Abdullah dan Semua Penolong Kanan serta Ketua Jabatan.

Program Khas Asasi Tingkatan 1 Tahun 2011



Majils ini telah diadakan pada 13 Jan 2011 bertempat di dewan SM Imtiaz kuala Terengganu.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Imtiaz iaitu Encik Mazlan bin Che Wil serta di hadiri oleh guru-guru yang terlibat dengan modul yang terdiri dari 5 buah sekolah Imtiaz termasuk SM Imtiaz Yayasan Terengganu, Kemaman.

Template by - Abdul Munir | Blogger Theme distributed by FREE Templates 4U