SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB

SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU
KUALA TERENGGANU


Sunday, January 16, 2011

Majlis Pelancaran Projek Al-Quran

Majlis ini telah diadakan pada 16 Januari 2011.Menurut Penolong Kanan Ulul Al Bab, Ustaz Amin Faisal, tujuan utama melaksanakan projek tersebut adalah untuk mewar-warkan kepada warga imtiaz tentang apa yang telah dilaksanakan pada tahun lepas dan juga merancang untuk tahun 2011.Menurut beliau, sejak tahun 2006, peningkatan al-quran naik sedikit demi sedikit dan pada tahun lepas mampu melahirkan lebih 50 pelajar yang khatam 30 juzuk.
Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru Al-Quran yang telah bekerja bertungkus lumus. Tanpa mereka program al-quran tidak begitu mantap kerana dengan tenaga mereka mampu melahirkan pelajar yang khatam dan juga dapat memberi semangat kepada pelajar.

Ustaz Ridzuan bin Aziz selaku Ketua Jabatan Al-Quran telah membentangkan beberapa projek al-quran untuk tahun 2011. Antara perancangan yang akan dilaksanakan adalah ;

1.Projek Imam muda yang akan diadakan pada bulan Ramadhan
2.Mega Tasmi’ – Semua pelajar terlibat
3.Kelas Pemulihan Tajwid – Semua Pelajar yang lemah dalam bacaan
4.Kelas Bacaan Al-Quran
5.Kem Kecemerlangan Hafazan - Semua pelajar yang tidak mencapai tahap minimum tahunan
6.Kelas Kemahiran Tarannum – Semua pelajar yang khatam
7.Ujian Syafawi Al-Quran
8.Kem Al-Quran Gemilang – Untuk pelajar yang dijangka khatam pada tahun 2011
9.Program Hafzan Di Masjid Terpilih – Semua pelajar tingkatan 1 & 3
10.Program meraikan pelajar khatam al-quran
11.Program Hafazan Pasca PMR
12.Program Ujian Hafazan Al-Quran
13.Lawatan Pelajar – terdiri dari pelajar yang cemerlang dalam hafazan
14.Temu Murni Al-Quran – Semua pelajar dan ibubapa serta guru tasmi’
15.Jaulah Tokoh Al-Quran – pelajar yang terpilih sahaja
16.Mubaligh Muda – pelajar yang terpilih untuk memberikan tazkirah maghrib yang akan dijalankan dimasjid serta surau disekitar sekolah
17.Program Khutbah,ceramah serta forum – pelajar yang khatam
18.Kem Hafazan Al-Quran – bagi pelajar yang lemah
19.Homestay di Baabus Salam,Bandung – pelajar yang terpilih seramai 5 orang terutama pelajar yang khtam al-quran serta sumbangan yang diberikan kepada sekolah.
20.Kelas Tahsin Al-Quran – pelajar yang mahir membaca Al-Quran
21.Kelas Tafsir Al-Quran – di adakan selepas maghrib oleh guru tasmi’
22.Program Tahsin AlFatihah – Semua warga Imtiaz

0 comments:

Post a Comment

Template by - Abdul Munir | Blogger Theme distributed by FREE Templates 4U